Wednesday, September 7

Dua Malam Punya Cerita

SALAM 1 MALAYSIA.
Kita masih dalam mood raya ya. Tapi aku dalam dua mood sekarang nih.

1. Raya
2. Final Exam

Ahah, lupakan semua tu. Baca cerita kat bawah ni pulak.

Dah dua malam berturut aku ada dinner. Malam isnin dan malam semalam. Selasa malam la mksudnya. Isnin; Dinner DBS dan Selasa; Dinner Kompeni BRAVO.

TEMA NYA IALAH ( ching ching** )
DBS - Glamorous and Runaway(klau tak silap aku la ^-^)
BRAVO - Warisan Melayu.

Dinner dbs quite okay.
Aku cakap guite okay bukan not okay ya.
Fahamkan tu.
Tapi serabut, tak teratur pun ada. Makan lambat, start pun lambat. Makan kureng, siap ramai yg keracunan pun ada. Takde kupon. Hampehh~ Walaupun tema ala ala vogue konon tapi yg menang King dgn Queen tah pape. Poyo jek. Macam ayam ayam. Persembahan macam syok sendiri pun ada. Kira serabut ah, konon ramai yg hot malam tu tapi hampeh jugak. Yg tak dpt mkn lgsg pun ada. Bad service. Hanya diutamakan VIP, part 6 & exco sahaja. Tak aci!

Tapi! Dinner bravo syok. Makan sedap, best laa. Enjoy, ada karok bagai kan walaupun satu dua lagu jek. Then, persembahan bdak CS. Ada cabutan bertuah lagi, ada dapat mug. Best la sbb dia lebih sikit best nya dari dbs pnye dinner. Paling best sbb dia ada kupon. Haha Lebih nya lagi satu, sebab buat kat luar. Kat padang kawad nu haa. Open air gitu. Semua sporting, sebab pelajar KO semua part 1 jadi kamilah yg diutamakan. Haha Selepas VIP laa kan. Lagi ape ek? Haaa, service baik punya. Thumbs up*
Layanan mesra dari komander, aicehhh. Mesra la sgt kak oi. Tapi best laa dorg asyik jemput makan jek. Sbb komander sikit kan, boleh la kenal jugak dgn dorg tu. Dia punya makan teratur, makanan ada lebih. Syiok ah, kitorg tgah tggu tggu cabutan bertuah tu, kitorg balun buah oren sekejap. Haha boleh kecoh kecoh ah. Semua dapat makan, yg lmbt pun tak risau sbb mknn still ada lagi. Majlis nya sederhana, tapi memuaskan hati aku.

Okay, that all. Nak komen tu aje. Ni pendapat aku laa.
Apa apa pun. #pappap OLLEY!
HAHA
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments: