Tuesday, April 26

Aku tak sangka AKIM macam tu, huhh

SALAM SEMUA

Isi entri ni tak laa sedasyat tajuk nya diatas, cuma aku nak share apa yang aku rasa je. Malam tadi aku buka la youtube untuk search klip video Janji dari AKIM. Memang aku tunggu videonya keluar.

So aku rasa videonya mantap, best. Agak meragut jantung jugaklah kan. Sedih, tak sangka Akim macam tu, dulu masa INILAH CINTA kemain lagi beria-ia, tapi dalam JANJI sampai hati dia buat macam tu. Kesian si ACHA tu. Kesian betul Acha. Tapi hakikatnya ada yang macam tu, lelaki ke perempuan ke. Sama je dua-dua ada. Semua tak boleh pakai, hampehh~
Tapi tapi, aku suka tengok si Acha tu, cantiklah.

Tak sabar nak tunggu sambungan dari video tu, mesti best. SYABAS AKIM kerana me-ngompose lagu-lagu yang berkualiti dan sedap didengar.

p/s : Nak kata aku minat AKIM ni tak lah sangat, sikit jek (elehh, sebenarnya minat banyak tapi taknak ngaku) hehe Suka hati akulah kan, bukannya aku admirer dia sampai nak buat laki ya takk? Siapa jelah si AKIM tu di mata aku. kehkeh

*pappap, olley.
STAY YOUNG, STAY COOL.

Thursday, April 21

aku takut aku kiciwa

السلام عليكم

Macam mana ek? Aku taknak fikir pasal benda/perkara ni. Aku taknak susah hati fikir pasal ni. Dalam sehari aku tak boleh elak dari berfikir tentang perkara ni. Tapi bila aku banyak berfikir menyebabkan aku yakin aku tak dapat. Memang la kita kena fikir positif tapi dia yang datang dalam kepala otak aku dalam bentuk negatif. Macam mana? Buat aku risau dan tension.

So, aku harap aku tak kecewa bila keputusannya diumumkan dan terima saja dengan hati terbuka. Nak kata aku tak boleh mengharap sangat, memang tak boleh sebab benda ni lah yang aku nak dari aku sekolah rendah lagi.

Em, what happen next? Just wait and see.

Ini cuma luahan hati yang tengah serabai memikirkan masa depan.

*pappap, olley.

Monday, April 18

Dapat atau Tidak, nasib laa~

السلام عليكم

SALAM 1 MALAYSIA!

Lamo dah tak update ni, nak kata berabuk tu idok lerr, nampak beno nipunye~ HAHA
Ok Ok, start now!

Sabtu kelmarin aku pergi interview Uitm di Kampus Bandaraya, tak ada apa yang menarik, pergi dengan fikiran terbuka. Den maleh nak dupdap tangan sejuk beku ni. Leceh nanti nak bersoal jawab. Pergi dengan Ama, Yana dan Eka. Melukis 1 jam, menjawab 20 menit. Lepas beberapa ketika, naik atas masuk interview and aku orang ke 3.

Nak tau macam mana??
Aku rasa macam bodoo~ Tah pape. Dia tnye, aku diiiaammm aje pastu senyum-senyum. Tak ke GILA tu. Berapa menit je interview aku, kejap jer. Encik Yusop tu tak berminat agaknye nak bersoal jawab dengan aku. HAHA Aku memang tak tercakap apa-apa pun bila ditanya, fikir lama je lebih. Pastu dia berkata "cuba Masz cakap, saya dah lama tak dengar Masz cakap" Siot tak siot la an dia, dalam hati aku, 'eh, pandai menganjing dia ni, sabo je lahh.' Apa-apa pun aku harap aku lulus dan diterima masuk. Yelahh, siapa yang tak nak kan?
Kita tunggu dan lihat je nanti keputusannya.

p/s : En Yusop cakap aku lukis kemas *wink wink
*pappap, olley!

Saturday, April 9

Nak Sangat

Okay semua, SALAM 1 MALAYSIA!
ahah..

Semua sedia maklum aku baru lepas SPM kan.
Result pun ok ok la. Gile tak ok?? ish ish~
Sekarang dduk rumah saja tggu tawaran dari u. U mne yg nak aku?? Alaa, kasi can la korang. Aku nak g study gak an. So aku nak sangat sangat SANGAT msuk uitm. UITM? Asal minah ni nak sgt uitm? Apa yg best nye? ahah

Aku nak sangat kos yang aku mohon tu, kos apa?
* DIPLOMA SENI REKA. Kalau dapat dia ada interview, harap-harap dapat lah. Sebab aku nak ambik kos SENI HALUS. Apa tu? hah. Tau tak? Dia kos yang main lukis-lukis. Aku memang berangan dari kecik nak jadi pelukis, tapi boleh laku ke, aishh~ Entah laa. Ada rezeki, Insyallah! Second choice lepas seni halus ialah GRAFIK. Pun aku harap dapat jugak lah kan. Sebab minat. Berangan dari sekolah nak ambik kos ni tau.

So sekarang ni, musim kolej dgn u cari budak nak masuk tmpt dorg. Asyik post surat dan telefon je suruh pergi seminar dorg tu. Boleh caya ke dorg ni, dtg siap suruh bwk duit yuran pulak tu. Eleh, kompem-kompem je an aku nak masuk kolej dia. Ape tah, maaf la ye siapa yg suruh aku dtg seminar tu. Den maleh nak layan. Bukan nye ada kos yang aku minat pun.

p/s: hope luck aku bnyk kali ni. hhaha

*pappap, say what??
OLLEY!

Monday, April 4

Nobelan 2


Salam semua, Salam 1 Malaysia.

Hai, lama dah tak update. Aku baru habis membaca novel bertajuk Aku Bukan Billy Milligan. Ceritanya best, lain dari yang lain. Semput jugak la nak membaca novel ni sebab dia tebal. Tapi aku berjaya jugak membacanya sampai habis. Tak la memakan masa yang lama, tapi seminggu kot aku baca tak pun lebih seminggu. hihi. Maklumlah, aku baca time pergi bercuti. Syiok laa cite ni, aku suka.
Aishh, Adam Adam~

*pappap, olley!