Friday, May 27

UiTM DiHatiKu

SALAM
Lama dah tak update ni. Rindu tak??
Siapa laa aku kan sampai orang nak rindu yek?

hihi, ok sekarang tengah senyum panjang melebar.
Aku suka. Dah jadi mahasiswa. Kene belajar rerajin, hope dapat buat yg terbaik. 1 pengalaman baru, kena berdikari dan rasa sangat bertuah.

Nak kongsi rasa sepanjang MDS - Minggu Destini Siswa kat UiTM.
Best sangat, abang dengan kakak PM sporting, mmg best bro, this best bro!!
MDS baru habis pagi tadi, tapi dah rasa rindu kat derang2 semua.
Dapat kawan baru, bilik selesa. UiTM nya?? Ok sangat.

Seminggu aku busy sebab menjalani MDS ni, tak sempat nak call family, just text je. Baru sampai tempat baru ni, ada dah yang tanya soalan pelik.
Nak tau pasal apa?? ce teka, haha
Apa lagi, boyfriend lah kan.

Contoh soalannya seperti berikut:
kakak : dah ada boyfriend belum??
kawan : kau bila lagi nak mencari?

Baru berapa hari kan. HAHA
Apa patut ke benda ni?? aku tak kesah sgt pun. Lantak semua sana.
cuma soalan nye mmg buat aku tersenyum.
Tapi, apa-apa hal pun, UiTM DiHatiku!

#pappap, olley!
farewell guys~

Tuesday, May 3

Macam Mana eh??

SALAM 1 MALAYSIA

Semua sedia maklum tawaran form6 dah keluar dan
aku salah seorang penerima tawaran itu.
ALHAMDULILLAH
Macam mana?? Nak ke tak nak?? Ishh
Taknak fikir banyak sebab nanti rasa macam-macam.
Keputusan aku tetap TAK NAK!
Sebab apa? Bukannya sebab taknak pakai baju sekolah lagi.
Mesti la tggu UPU kan.
Besides, only few days lagi. Sabar eh :))
(sebenarnya tak sabar dan takut)


p/s : Kawan aku semua dapat tawaran jurusan Kemanusiaan di Sekolah Teknik JB. Macam semua budak sekolah aku dia nak angkut masuk sekolah dia kan. Semua sama je.

#pappap, OLLEY!

Tuesday, April 26

Aku tak sangka AKIM macam tu, huhh

SALAM SEMUA

Isi entri ni tak laa sedasyat tajuk nya diatas, cuma aku nak share apa yang aku rasa je. Malam tadi aku buka la youtube untuk search klip video Janji dari AKIM. Memang aku tunggu videonya keluar.

So aku rasa videonya mantap, best. Agak meragut jantung jugaklah kan. Sedih, tak sangka Akim macam tu, dulu masa INILAH CINTA kemain lagi beria-ia, tapi dalam JANJI sampai hati dia buat macam tu. Kesian si ACHA tu. Kesian betul Acha. Tapi hakikatnya ada yang macam tu, lelaki ke perempuan ke. Sama je dua-dua ada. Semua tak boleh pakai, hampehh~
Tapi tapi, aku suka tengok si Acha tu, cantiklah.

Tak sabar nak tunggu sambungan dari video tu, mesti best. SYABAS AKIM kerana me-ngompose lagu-lagu yang berkualiti dan sedap didengar.

p/s : Nak kata aku minat AKIM ni tak lah sangat, sikit jek (elehh, sebenarnya minat banyak tapi taknak ngaku) hehe Suka hati akulah kan, bukannya aku admirer dia sampai nak buat laki ya takk? Siapa jelah si AKIM tu di mata aku. kehkeh

*pappap, olley.
STAY YOUNG, STAY COOL.

Thursday, April 21

aku takut aku kiciwa

السلام عليكم

Macam mana ek? Aku taknak fikir pasal benda/perkara ni. Aku taknak susah hati fikir pasal ni. Dalam sehari aku tak boleh elak dari berfikir tentang perkara ni. Tapi bila aku banyak berfikir menyebabkan aku yakin aku tak dapat. Memang la kita kena fikir positif tapi dia yang datang dalam kepala otak aku dalam bentuk negatif. Macam mana? Buat aku risau dan tension.

So, aku harap aku tak kecewa bila keputusannya diumumkan dan terima saja dengan hati terbuka. Nak kata aku tak boleh mengharap sangat, memang tak boleh sebab benda ni lah yang aku nak dari aku sekolah rendah lagi.

Em, what happen next? Just wait and see.

Ini cuma luahan hati yang tengah serabai memikirkan masa depan.

*pappap, olley.

Monday, April 18

Dapat atau Tidak, nasib laa~

السلام عليكم

SALAM 1 MALAYSIA!

Lamo dah tak update ni, nak kata berabuk tu idok lerr, nampak beno nipunye~ HAHA
Ok Ok, start now!

Sabtu kelmarin aku pergi interview Uitm di Kampus Bandaraya, tak ada apa yang menarik, pergi dengan fikiran terbuka. Den maleh nak dupdap tangan sejuk beku ni. Leceh nanti nak bersoal jawab. Pergi dengan Ama, Yana dan Eka. Melukis 1 jam, menjawab 20 menit. Lepas beberapa ketika, naik atas masuk interview and aku orang ke 3.

Nak tau macam mana??
Aku rasa macam bodoo~ Tah pape. Dia tnye, aku diiiaammm aje pastu senyum-senyum. Tak ke GILA tu. Berapa menit je interview aku, kejap jer. Encik Yusop tu tak berminat agaknye nak bersoal jawab dengan aku. HAHA Aku memang tak tercakap apa-apa pun bila ditanya, fikir lama je lebih. Pastu dia berkata "cuba Masz cakap, saya dah lama tak dengar Masz cakap" Siot tak siot la an dia, dalam hati aku, 'eh, pandai menganjing dia ni, sabo je lahh.' Apa-apa pun aku harap aku lulus dan diterima masuk. Yelahh, siapa yang tak nak kan?
Kita tunggu dan lihat je nanti keputusannya.

p/s : En Yusop cakap aku lukis kemas *wink wink
*pappap, olley!